Lebih 800,000 pelancong Brunei berkunjung ke Perak tahun lepas – Exco

IPOH – Sebanyak 811,833 pelancong dari Brunei direkodkan melawat Perak tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pelancongan dan Pembangunan Koridor negeri Loh Sze Yee.

Beliau berkata, jumlah itu merupakan peningkatan berbanding 301,752 orang pada 2022.

“Brunei merupakan antara lima sumber pelancong yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan selain Singapura, Indonesia, China dan Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Networking Tahun Melawat Perak 2024 sempena Familiarization Trip Tourism Malaysia Brunei ke Perak di sebuah restoran di Jalan Raja Musa Aziz di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu Sze Yee berkata, statistik jumlah kedatangan pelancong domestik di negeri ini merekodkan sebanyak 17.1 juta pada tahun lepas.

Katanya, kejayaan itu berjaya menduduki tempat keempat selepas Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak.

“Peningkatan ini memberi peluang yang besar untuk terus mempromosikan keunikan dan tarikan yang ada di negeri ini melalui strategi promosi yang berkesan dan penyediaan kemudahan pelancongan yang berkualiti.

“Seterusnya kita dapat memastikan Perak terus menjadi destinasi pilihan bagi pelancong dari seluruh dunia,” katanya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan:

NCIA biaya RM15 juta bangunkan Projek Pelancongan Warisan Ipoh

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI