Lebuh raya sesak 10km, nahas lori tangki dan tiga kereta

IPOH – Trafik di laluan antara Ipoh dan Simpang Pulai di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sesak sejauh 10 kilometer (km) ekoran kemalangan membabitkan lori tangki dan tiga kereta di Kilometer 281.5 pada Isnin.

PLUS Malaysia Berhad menerusi aplikasi X memaklumkan, dalam kejadian itu lori tangki tersebut telah melintang di tengah laluan lebuh raya menyebabkan beberapa lorong terhalang.

Menurut kemas kini trafik, kesesakan trafik direkodkan sejauh kira-kira 10 kilometer bagi arah utara, manakala kesesakan sepanjang lima kilometer dilaporkan bagi arah selatan.

Katanya, kerja-kerja pengalihan kenderaan yang terlibat sedang dijalankan dengan kesemua lorong di laluan arah utara ditutup sementara, sementara lorong kanan di laluan arah selatan telah terhalang.

“Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mematuhi arahan pengawal trafik dan papan tanda amaran yang disediakan di lokasi kejadian.

“Orang ramai boleh keluar menggunakan Tol Gopeng atau Tol Tapah sebagai laluan alternatif,” katanya menerusi kenyataan di aplikasi X.

Setakat ini, tiada maklumat rasmi dikeluarkan berhubung kecederaan atau mangsa yang terlibat dalam kemalangan berkenaan, manakala siasatan lanjut masih dijalankan.

PLUS turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan merancang perjalanan lebih awal bagi memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Terowong Menora ke Kuala Kangsar sesak tujuh kilometer akibat kemalangan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI