Lelaki warga Bangladesh ditemukan lemas dalam sungai

IPOH – Seorang lelaki warga asing ditemukan lemas selepas dalam sungai dipercayai terjatuh ketika menaiki basikal di Taman Bandar Baru Menglembu, di sini, pada Isnin.

Mangsa warganegara Bangladesh yang berusia 29 tahun itu ditemukan orang awam dalam keadaan mengenakan baju T berlengan panjang, dan seluar jeans serta sebuah basikal.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan maklumat berhubung perkara itu pada jam 8.35 pagi.

Katanya, sejurus selepas itu seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Hasil maklumat daripada pihak polis, mangsa dipercayai telah menaiki basikal lalu terjatuh ke dalam sungai.

“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir di lokasi kejadian telah memeriksa mangsa dan mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini, pada Isnin.

lelaki Bangladesh lemas Menglembu lelaki lemas dalam sungai Ipoh warga asing maut lemas Perak kejadian lemas Taman Bandar Baru Menglembu mangsa jatuh basikal dalam sungai operasi bomba keluarkan mayat sungai kes lemas Ipoh
Pasukan bomba sedang melaksanakan operasi membawa naik mayat warga asing yang ditemukan lemas selepas terjatuh dalam sungai ketika menaiki basikal di Taman Bandar Baru Menglembu, Ipoh. Foto JBPM Perak

Sabarodzi berkata, anggota bomba melaksanakan ‘size-up’ sebelum turun ke sungai untuk mengambil mayat lelaki terbabit dengan menggunakan pengusung dan tali.

“Mangsa dibawa naik ke atas tebing sebelum kemudiannya diperiksa lanjut oleh pasukan perubatan KKM yang hadir,” ujarnya.

Kata beliau, pasukan bomba juga kemudiannya mengangkat dan menyerahkan mayat tersebut kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I TBK, Shaharizala Abu Hanifah itu tamat pada jam 9.41 pagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki warga emas lemas jatuh dalam parit

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI