Lelaki cari hasil hutan cedera diserang gajah liar

GERIK – Seorang lelaki Orang Asli cedera selepas diserang seekor gajah liar ketika keluar mencari hasil hutan di Jalan Kampung Pengkalan Permai, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Air Banun, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.26 petang.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa yang berusia 30 tahun telah menunggang sebuah motosikal dengan dibonceng seorang rakan, bersama abang yang menunggang motosikal berasingan bagi mencari hasil hutan pada jam 9.30 pagi.

“Apabila tiba di lokasi, abang mangsa berusia 34 tahun yang berada di hadapan telah terlihat seekor gajah di tepi jalan sebelum bertindak memecut laju melintasi haiwan liar terbabit.

“Bagaimanapun, mangsa bersama rakannya tidak sempat melepasi gajah terbabit sebelum mengambil tindakan memberhentikan motosikal untuk menyelamatkan diri.

“Secara tiba-tiba gajah terbabit telah menarik penunggang motosikal tersebut sehingga menyebabkan mangsa terjatuh terus ke gaung, manakala pembonceng sempat melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Abdul Samad berkata, akibat daripada kejadian terbabit, mangsa telah mengalami kecederaan pada bahagian muka serta sakit pada anggota badan dan telah dirujuk ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Penunggang motosikal pertama (abang mangsa) dan pembonceng motosikal kedua (rakan mangsa) tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya lagi.

Justeru itu, Abdul Samad menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika melalui laluan di kawasan RPS Air Banun kerana dikhuatiri terdapat haiwan haiwan liar yang melintas dan berada di atas jalan raya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki cedera, motosikal langgar gajah di JRTB

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI