Lelaki cedera, gerai mercun terbakar di Lenggong

LENGGONG – Seorang lelaki cedera dalam kejadian kebakaran gerai mercun melibatkan empat buah khemah berhampiran Dataran Lenggong di sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar  jam 2.48 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan tersebut.

“Setibanya di lokasi didapati kebakaran melibatkan empat buah khemah terbuka berkeluasan 20×20 kaki setiap satu musnah terbakar 90 peratus dan seorang lelaki berusia 34 tahun turut cedera dalam kejadian itu.

“Ketua operasi melaksanakan penilaian situasi seterusnya mengaplikasikan Konsep RECEO dan anggota melakukan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dari air tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, operasi terkawal pada  jam 3.41 petang dan tamat sepenuhnya 15 minit kemudian. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pemilik restoran didenda RM2,000, bunuh anjing liar guna mercun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI