Lelaki cedera, motosikal langgar gajah di JRTB

GERIK – Seorang lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor gajah di Kilometer 31 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik – Jeli berhampiran Tasik Banding di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu sekitar jam 9.30 malam.

Menurutnya, kemalangan sekitar jam 9 malam itu melibatkan seorang lelaki berusia 36 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda RS 150R.

“Siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum ternampak seekor gajah berada di atas jalan laluannya.

Lelaki cedera, motosikal langgar gajah di JRTB
Keadaan penunggang motosikal yang cedera selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor gajah di Kilometer 31 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik – Jeli berhampiran Tasik Banding, Gerik pada malam Rabu. Foto Orang Awam

“Penunggang motosikal tersebut cuba mengelak namun berlaku perlanggaran di antara motosikal yang ditunggangnya dengan gajah tersebut.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh sebelum dia bangun melarikan diri manakala gajah itu bertindak merosakkan motosikal mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, insiden itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Gerik.

“Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati semasa memandu dan melalui JRTB kerana dikhuatiri terdapat hidupan liar yang melintas dan berada di atas jalan raya,” ujarnya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan keadaan mangsa yang diselamatkan pemandu lori selepas terlibat dalam kejadian tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perhilitan Perak tangkap tujuh ekor gajah liar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI