Lelaki cedera parah ditetak kerana cemburu

TAIPING – Seorang lelaki parah selepas ditetak dengan sebilah parang dalam kejadian di tepi Jalan Kampung Dew, Simpang dekat sini, Rabu lalu.

Mangsa berusia 29 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian belakang badan, bahu dan tangan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu sekitar jam 7.20 petang oleh isteri suspek yang memaklumkan suaminya telah menetak mangsa.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

“Susulan maklumat yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah telah digerakkan bagi mengesan suspek yang berusia 25 tahun.

“Suspek yang memandu kereta berjaya ditahan di sekitar Taiping kira-kira lima jam kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Mohamad Nasir berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada rasa cemburu suspek.

“Suspek direman selama enam hari sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Wanita maut dalam nahas jalan raya empat kenderaan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI