Lelaki cedera tangan tersepit mesin pengisar daging

IPOH – Seorang lelaki cedera selepas tangan kanannya tersepit pada sebuah mesin pengisar daging dalam satu kejadian di Chemor, di sini pada Jumaat.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.17 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja penyelamatan.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati tangan mangsa yang berusia 41 itu masih berada di dalam mesin berkenaan namun mangsa berada dalam keadaan sedar.

“Ketua operasi kemudiannya meminta bantuan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memberikan bius kerana mangsa menanggung kesakitan ketika operasi menyelamat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, operasi penyelamatan dilaksanakan dengan menggunakan konsep SAVER  (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) dan anggota bertindak membuka skru untuk mengasingkan bahagian asas mesin sebelum memutar gear pengisar ke arah berlawanan.

“Tindakan itu berjaya mengeluarkan tangan kanan mangsa sepenuhnya dan mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan KKM yang berada di lokasi sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Katanya, operasi terkawal sekitar jam 9.40 malam dan tamat 10 minit kemudian. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Van langgar tembok, pemandu wanita tersepit

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI