Lelaki cuba terjun di terminal jeti berjaya diselamatkan

LUMUT – Seorang lelaki yang dipercayai cuba terjun di Terminal Jeti Lumut, Seri Manjung dekat sini berjaya diselamatkan petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 6.09 petang.

Menurutnya, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Manjung bergegas ke lokasi untuk menjalankan kerja menyelamat.

“Setibanya di lokasi didapati seorang lelaki dalam cubaan ingin membunuh diri di Terminal Jeti Lumut dan telah diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Mangsa telah dihantar oleh pihak bomba menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke Hospital Manjung untuk tindakan lanjut,“ katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya jam 6.36 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pemandu cedera, lori muatan kayu getah jatuh gaung

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI