Lelaki didakwa mencederakan warga emas diarahkan jalani pemeriksaan mental

TAIPING – Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menyerang seorang warga emas menggunakan parang sehingga menyebabkan kecederaan parah pada Selasa lalu.

Tertuduh, Muhammad Suhardi Din, 54, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki terbabit didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Omar Besar, 68, menggunakan sebilah parang yang digunakan senjata untuk menyerang dan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kampung Seri Tasik Ganda Temenggor, Gerik pada jam 3.20 petang, 27 Ogos lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ng Yan Ni membuat permohonan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah supaya tertuduh menjalani pemeriksaan mental.

Menurutnya, mengikut pengawai penyiasat yang menjalankan siasatan, tertuduh berada dalam pengaruh dadah dan status kesihatan mental didapati kurang sihat.

Dalam pada itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan dia tinggal bersendirian dan tidak pernah mendapatkan rawatan mental sebelum ini.

Mahkamah kemudiannya mengarahkan tertuduh untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan, Ipoh dan menetapkan 1 Oktober depan sebagai sebutan semula kes di Mahkamah Kuala Kangsar.

Sebelum ini media melaporkan, seorang warga emas mengalami patah tulang lengan kiri selepas ditetak seorang lelaki dikenali dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Seri Tasik Ganda Temenggor, Gerik, petang 27 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan dibuat anak mangsa pada pukul 5.01 petang.

Menurutnya, suspek secara tiba-tiba masuk ke dalam rumah dan menyerang mangsa dengan melibas parang dan terkena tangan kiri.

Akibat kejadian itu, mangsa berusia 68 tahun mengalami luka kesan tetakan dan patah tulang lengan kiri. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mengamuk tetak motosikal jiran, penganggur dipenjara setahun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI