Lelaki dihukum gantung, bunuh pekerja Bangladesh

IPOH – Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, pada Jumaat kerana membunuh seorang lelaki warga Bangladesh dengan mayat dijumpai di Sungai Kinta dalam keadaan sebelah kaki diikat pada motosikal, tujuh tahun lalu.

Hakim Su Tiang Joo membuat keputusan itu terhadap Mohamad Amier Amzar Mohamad Aspar, 28, selepas didapati bersalah membunuh Md. Ovaidul, 32.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan yang ketika itu berusia 21 tahun didakwa telah membunuh mangsa di Sungai Kinta dalam kawasan Sungai Galah di Kampung Gajah dalam Daerah Perak Tengah, antara jam 8.20 hingga 10.25 malam, 15 Disember 2018.

Pertuduhan terhadap tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Dalam penghakiman di akhir kes pembelaan, Tiang Joo berkata, beliau bersetuju dan menerima hujah pihak pendakwaan bahawa tindakan tertuduh terhadap mangsa disifatkan sebagai terlalu kejam.

Pada prosiding berkenaan beliau berkata, kematian mangsa tidak berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya tertuduh melakukan tindakan merancang untuk menghapuskan bukti kejadian.

“Kemungkinan besar telah menyebabkan mangsa menanggung kesakitan yang teruk dalam tempoh yang panjang, iaitu bermula dari dipukul di rumahnya, kemudian dibawa ke tebing sungai, sebelum leher dikelar tertuduh. (Kemudian), mayatnya dibuang secara tidak beradab ke dalam sungai bagi menghapuskan bukti jenayah.

“Berdasarkan keadaan ini, saya menerima hujahan pihak pendakwaan bahawa hukuman mati adalah wajar, dan saya menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh, menurut Seksyen 277 Kanun Tatacara Jenayah, agar dihukum gantung sampai mati,” katanya.

Tambah beliau, di bawah Perlembagaan Persekutuan semua individu di negara ini berhak mendapat perlindungan yang saksama.

Lelaki dihukum gantung bunuh warga Bangladesh kes bunuh Sungai Kinta, hukuman mati Mahkamah Tinggi Ipoh, bunuh pekerja Bangladesh Perak, hukuman gantung 2025, mahkamah Ipoh kes bunuh kejam, perbicaraan Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, pada Jumaat kerana membunuh seorang lelaki warga Bangladesh dengan mayat dijumpai di Sungai Kinta dalam keadaan sebelah kaki diikat pada motosikal, tujuh tahun lalu.
Hakim Su Tiang Joo membuat keputusan itu terhadap Mohamad Amier Amzar Mohamad Aspar, 28, selepas didapati bersalah membunuh Md. Ovaidul, 32, pada Disember 2018. Foto ABDULLAH YUSOF, 08 OGOS 2025

Terdahulu, abang mangsa, Md Hossain Khan, 37, dalam pernyataan impak memberitahu mahkamah bahawa Md Ovaidul merupakan anak ketiga daripada enam beradik dengan kedua-dua ibu bapa masih hidup.

Katanya, adiknya yang telah bekerja selama empat tahun dengan bapa tertuduh merupakan individu penting yang menyara kehidupan keluarga di Bangladesh.

“Sebelum kejadian, adik saya telah memberitahu bahawa dia bercadang untuk pulang ke Bangladesh dalam masa sebulan untuk melangsungkan perkahwinannya.

“Keluarga kami telah mula membuat persiapan di kampung. Namun, impian tersebut musnah apabila beliau telah dibunuh secara kejam, dan lebih menyedihkan, dibunuh oleh anak kepada majikannya sendiri iaitu tertuduh,” katanya lagi.

Tambah Md Hossain, kematian adiknya itu meninggalkan kesan mendalam kepada keluarganya kerana menyifatkan Md Ovaidul sebagai seorang anak yang baik dan harapan kepada keluarga.

“Meskipun jenazahnya telah dihantar pulang ke Bangladesh, ia bukanlah penawar kepada kesedihan dan kehilangan yang kami tanggung seumur hidup.

“Adik saya tidak mati kerana sakit, tidak mati kerana kemalangan tetapi dia mati kerana dibunuh secara kejam oleh orang yang sepatutnya melindunginya sebagai majikan. Perbuatan tertuduh terhadap adik saya adalah tidak berperikemanusiaan,” katanya lagi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Geetha Jora Singh manakala tertuduh diwakili peguam V. Santhiran.

Seramai 24 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh telah memberi keterangan sepanjang kes dibicarakan bermula 6 Januari 2020. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Mayat wanita reput tanpa pakaian ditemukan tergantung

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI