Lelaki dikhuatiri lemas selepas cari siput

SITIAWAN – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Tuntung di Jalan Pengkalan Baru, Pantai Remis di sini, pada petang Khamis.

Mangsa Mohamad Zulkifli Mat Saad, 27, dikatakan turun mencari siput di kawasan paya bakau berkenaan sebelum disedari hilang.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 4.04 petang.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis digerakkan dan tiba di lokasi pada jam 4.08 petang.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati seorang lelaki berbangsa melayu berumur 27 tahun dikuatiri lemas telah terjatuh ke dalam Sungai Tuntung yang dianggarkan 25 kaki lebar ketika hendak mencari siput.

“Komander operasi kemudiannya membuat size up dan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja pencarian di kawasan mangsa dikuatiri jatuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Pulau Pangkor dan Kuala Kangsar telah dihubungi memberi bantuan di lokasi kejadian.

“Pencarian melibatkan penggunaan sebuah bot Whaly dan bot nelayan ke dalam sungai paya bakau.

“Pusat Kawalan Bomba (PKB) juga sedang diwujudkan di lokasi kejadian. Laporan akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI