Lelaki dilepas dan dibebaskan tuduhan rogol kanak-kanak 13 tahun

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini, membebaskan dan melepaskan seorang lelaki daripada tuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun yang dikenali menerusi aplikasi WeChat, enam tahun lalu.

Hakim Jean Sharmila Jesudason membacakan keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes di luar keraguan munasabah terhadap Luqmanul Hakim Abu Hassan, 26, di akhir kes pembelaan.

“Setelah mempertimbangkan keseluruhan keterangan saksi-saksi pembelaan dan menilai kembali keterangan saksi-saksi pendakwaan, berserta dengan segala ekhisbit dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes di luar keraguan munasabah dan pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah.

“Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan. Wang jaminan dikembalikan,“ katanya dalam prosiding pada Selasa.

Berdasarkan pertuduhan, Luqmanul Hakim yang berusia 20 tahun sewaktu kejadian didakwa telah melakukan rogol terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun di dalam sebuah bilik tidur di Jalan Pengkalan Barat 2, Taman Shatin dalam daerah Ipoh pada jam 1.30 pagi, 11 Jun 2018.

Pertuduhan terhadap lelaki yang bekerja sebagai mekanik itu dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh telah memberikan keterangan sejak kes itu disebut di Mahkamah Sesyen pada 6 Mei 2021.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi manakala tertuduh diwakili peguam bela, Khairul Naim Rafidi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bapa disyaki rogol anak kandung berusia 14 tahun ditahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI