Lelaki dipercayai hilang selepas mandi sungai

PARIT – Seorang lelaki berusia 27 tahun dilaporkan hilang sejak Rabu selepas dipercayai mandi berhampiran Sungai Perak di Sungai Baru Labu, Bota Kiri dekat Seri Iskandar di sini.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Nurman Mohd Nor, dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar menguruskan lembu peliharaan untuk masuk ke kandang sekitar jam 2 petang, hari sama.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung perkara itu pada jam 5.46 pagi Jumaat.

“Bapa mangsa memaklumkan anaknya ada memberitahu mahu mandi di sungai berhampiran namun sehingga kini tidak pulang ke rumah. Hanya pakaian milik mangsa ditemui di lokasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Lelaki hilang Sungai Perak lelaki hilang mandi sungai, kehilangan Sungai Perak, operasi SAR Seri Iskandar, bomba Perak, JBPM Perak, lelaki hilang Parit, SAR Sungai Perak
Pasukan bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki berusia dilaporkan hilang sejak Rabu selepas dipercayai mandi berhampiran Sungai Perak di Sungai Baru Labu, Bota Kiri dekat Seri Iskandar, Parit. Foto JBPM Perak

Justeru kata beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar diketuai Pegawai Bomba Kanan I (KUP) Sazali Abu Bakar diatur gerak ke lokasi kejadian bagi mencari mangsa.

Shazlean berkata, Pusat Kawalan Bomba (PKB) telah dipasang di Stesen Pam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Lambor Kiri serta turut ditempatkan bot untuk operasi pencarian di sungai.

“Pada jam 8 pagi Jumaat, operasi pencarian di air dilakuan dengan mengaplikasikan konsep ‘LAST’ iaitu ‘Locate’, ‘Access’, ‘Stabilize’, dan ‘Transport’.

“Bot kemudian diturunkan di Jeti JPS Teluk Sena menghala ke lokasi mangsa dipercayai hilang sejauh 3 kilometer (km) di Kampung Baru Lambor Kiri,” tambahnya.

Jelas beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki hilang terbabit melibatkan sembilan anggota bomba, polis (empat) serta persatuan nelayan (tujuh). – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Orang Asli hilang selama 24 jam ditemui selamat

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI