Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh mak nyah 

IPOH – Seorang lelaki direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang mak nyah di Jalan Horley, Kampung Jawa di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, perintah reman terhadap lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Ipoh, Noor Azreen Liana Mohd Darus bermula hari ini sehingga 3 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Abang Zainal Abidin memaklumkan, suspek terbabit telah ditahan oleh anggota Cawangan Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Terminal Bas Bersepadu (TBS), Kuala Lumpur jam sekitar jam 10 malam tadi.

“Pasukan polis kemudiannya dengan dipandu arah suspek dibawa ke pos pengawal keselamatan di Taman Tawas Idaman jam 2.30 pagi.

“Pemeriksaan di lokasi telah membawa kepada rampasan dua batang anak kunci dan sebuah lori berwarna putih selain dua unit telefon bimbit.

“Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan dia disyaki melanggar mangsa menggunakan lori sehingga menyebabkan kematian.

“Bagaimanapun, motif tindakan suspek masih dalam siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Semalam media melaporkan, mayat seorang mak nyah dipercayai dibunuh ditemui di lorong berdekatan Jalan Horley, Kampung Jawa di sini.

Abang Zainal Abidin dilaporkan berkata, kejadian disedari sekitar jam 6 pagi apabila seorang pekerja hotel memaklumkan kepada pihak polis mengenai penemuan seorang lelaki lengkap berpakaian dan terbaring tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati mayat mangsa tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan serius di bahagian kepala dan belakang badan.

Katanya, siasatan lanjut ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa dikejar oleh sebuah lori bonded warna putih sebelum berlaku pergelutan dengan suspek pada jam 4.24 pagi.

Mangsa kemudiannya jatuh di hadapan kenderaan tersebut sebelum digilis dan ditinggalkan di lokasi kejadian. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Maut digilis lori, mak nyah dipercayai dibunuh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI