Lelaki disiasat dakwa azan melalui pembesar suara tidak dibenarkan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana disyaki memuat naik kandungan palsu berunsur 3R yang menyentuh sensitiviti agama.

Kandungan berkenaan dipercayai dimuat naik menerusi laman aplikasi Facebook miliknya pada 9 Mac lalu yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Kampung Ayer Kuning, Taiping tidak lagi dibenarkan ketika ini.

MCMC dalam kenyataan berkata, sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut terhadap lelaki berkenaan dijalankan di Balai Polis Taiping, Perak semalam yang mana sebuah telefon bimbit serta satu sim kad telah disita bagi tujuan analisis forensik.

“Terdahulu, pasukan Penguatkuasa MCMC telah menyerahkan satu notis kehadiran di bawah seksyen 255 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kepada individu terbabit bagi menghadiri sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah seksyen 233 (1)(a) Akta 588 dan jika sabit kesalahan individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“MCMC ingin menasihatkan kepada orang ramai agar menggunakan platform media sosial dengan penuh tanggungjawab serta berhemah dan tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang kandungan berunsur 3R yang boleh mengancam keharmonian kaum dan agama di negara ini,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:
‘Individu dakwa tiada azan di masjid akui hanya dengar khabar angin’

‘Individu dakwa tiada azan di masjid akui hanya dengar khabar angin’

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI