Lelaki ditahan susulan penemuan bom di kedai 24 jam

MANJUNG – Seorang lelaki ditahan susulan penemuan sebutir bom dipercayai buatan sendiri di sebuah kedai runcit 24 jam di Manjung Point, Sitiawan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, objek di atas rak makanan premis tersebut dijumpai pekerja premis sekitar jam 10.30 malam.

“Sejurus menerima maklumat, polis bersama pasukan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung telah ke lokasi kejadian dan mengesahkan objek tersebut tidak berfungsi kerana tiada bahan letupan serta litar tidak lengkap,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu, beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

“Polis memandang serius sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan kegusaran atau mengancam keselamatan awam.

“Justeru, orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan teknologi untuk menghasilkan sebarang bentuk ancaman yang boleh mengganggu ketenteraman,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki terkejut jumpa bom mortar dalam rumah baharu dibeli

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI