Lelaki ditemui lemas selepas terjatuh bot ketika menjala

LUMUT – Seorang lelaki ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh daripada bot ketika menjala ikan di Sungai Lumut Kanan, berhampiran Jeti Titi Panjang di sini, tengah malam pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat Khairul Jumazlizi Ghazali, 46, ditemui pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 10.20 pagi tadi.

Menurut beliau, panggilan kejadian diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung pada jam 12.18 malam dan sepasukan anggota digerakkan ke lokasi dan tiba 12 minit kemudian.

“Setibanya dilokasi kami dimaklumkan seorang lelaki dipercayai sedang melakukan aktiviti menjala ikan di kawasan tersebut terjatuh dari bot yang dinaikinya.

“Usaha mencari mangsa dilakukan dan mangsa ditemui terapung jam 10.20 pagi pada jarak 100 meter dari lokasi dia dikatakan terjatuh setelah menggunakan teknik ‘figure eight’,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, mayat mangsa disahkan maut setelah pemeriksaan dijalankan oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya.

“Operasi yang dibantu BBP Pulau Pangkor dan BBP Sitiawan itu tamat pada jam 11.00 pagi,” katanya. -MGPerak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI