Lelaki hilang dikhuatiri lemas di Empangan Sultan Azlan Shah

IPOH -Seorang lelaki dikhuatiri lemas manakala seorang lagi selamat selepas dilaporkan terjatuh ke dalam Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta di sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu sekitar jam 12.45 tengah malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden itu.

“Mangsa selamat seorang lelaki berusia 34 tahun manakala seorang lagi mangsa iaitu lelaki berusia 32 tahun masih hilang.

“Hasil pemeriksaan yang dimaklumkan pihak empangan melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, seorang mangsa berada di permukaan air dan seorang lagi dipercayai lemas.

“Ketua operasi melaksanakan penilaian situasi seterusnya mengaplikasikan Konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan bouya yang dibaling pada mangsa.

“Mangsa kemudiannya dibawa naik ke atas pelantar berketinggian 30 kaki dengan menggunakan sistem tali,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa yang tenggelam masih belum ditemui dan kerja-kerja menyelamat masih dirancang untuk tindakan susulan

“Buat sementara Pos Kawalan Bomba (PKB) telah diwujudkan termasuk bantuan pencahayaan,” ujarnya.

Katanya, operasi pencarian mangsa yang hilang diteruskan dan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM Perak telah digerakkan ke lokasi pada pagi ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pelajar UPSI lemas dihanyut arus ketika berkelah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI