Lelaki Indonesia ditemukan lemas selepas kaki tersangkut celah batu

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki warganegara Indonesia ditemukan lemas ketika mandi sungai berhampiran sebuah tapak perkhemahan di Slim River dekat sini pada Khamis.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar jam 1.50 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Pernyelamat (BBP) Tanjung Malim digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Setibanya bomba tiba di lokasi kejadian, didapati mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dari celahan batu tersebut dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa dipercayai sedang bercuti bersama keluarganya, namun ketika mandi sungai, kakinya telah tersangkut di celahan batu sebelum lemas akibat air yang turun melalui laluan tersebut.

“Ketua operasi melaksanakan penilaian situasi seterusnya mengaplikasikan Konsep SAVER dengan mengarahkan anggota memeriksa mangsa terlebih dahulu dan mengalihkan mangsa ke lokasi yang sesuai,“ katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas diperiksa oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.15 petang,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lemas punca lelaki ditemui rakan terapung di Air Terjun Lata Kinjang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI