Lelaki maut dalam nahas jalan raya babitkan pacuan empat roda

BAGAN DATUK – Seorang lelaki berusia 23 tahun maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di jalan menghala ke Teluk Intan di Batu 8, Hutan Melintang dekat sini, pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 8.20 malam.

Menurutnya, sejurus selepas itu sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) diatur gerak ke lokasi kejadian.

Kata beliau, setibanya di lokasi pasukan penyelamat mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Iswara dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

Lelaki maut dalam nahas jalan raya babitkan pacuan empat roda hutan melintang teluk intan proton iswara ford ranger bomba Sabarodzi kenderaan dua
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 8.20 malam. foto JBPM PERAK

“Terdapat seorang mangsa yang tersepit pada kenderaan Proton Iswara dam mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan.

“Manakala empat orang lelaki yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger mengalami cedera ringan dan telah dibawa ke hospital dengan ambulans untuk tindakan susulan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Sabarodzi, mangsa telah dikeluarkan daripada bangkai kenderaan oleh pasukan bomba dengan menggunakan peralatan menyelamat.

Operasi yang diketuai Komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Rozali Uyop itu tamat pada jam 9.57 malam. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Suami isteri maut, lapan lagi termasuk bayi cedera kereta bertembung

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI