Lelaki maut kereta rempuh belakang lori tangki

TAIPING – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya merempuh belakang sebuah lori tangki muatan minyak sawit dalam kejadian berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian yang berlaku di Lorong Kota Indah, Jalan Kampung Dew itu diterima pada jam 2.03 pagi.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping telah digerakkan dan tiba di lokasi pada jam 2.20 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah Proton Wira dipandu mangsa berusia 27 tahun melanggar belakang lori tangki.

“Mangsa tidak tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sabarodzi bekata, ketua operasi kemudiannya melaksanakan ‘size up’ sebelum mengaplikasikan Konsep ‘SAVER’ dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan lalu diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.14 pagi,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI