Lelaki maut, pacuan empat roda terbabas langgar tembok

MANJUNG – Seorang lelaki maut selepas pacuan empat roda dipandunya tebabas lalu melanggar tembok dekat Kampung Bintang di sini awal pagi Isnin.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 4.44 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan tersebut.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati seorang lelaki telah tersepit di dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.

“Ketua operasi melaksanakan penilaian situasi seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER atau Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap dengan mengarahkan anggota membuat pemantauan di sekitar lokasi dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.16 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Suami maut, isteri cedera kereta dinaiki terbabas dan terbalik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI