Lelaki maut tersepit nahas kereta, treler muatan simen di Chemor

IPOH – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai berlanggar dengan treler muatan simen berhampiran Pekan Chemor di sini awal pagi Selasa.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 3.48 pagi.

Menurutnya, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.

“Setibanya di lokasi kejadian kita mendapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza berlanggar dengan sebuah treler yang membawa muatan simen.

“Seorang lelaki berusia 39 tahun ditemukan di dalam kereta tersebut dalam keadaan tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ketua operasi melaksanakan penilaian situasi dan mengarahkan anggota menggunakan pemotong hidraulik untuk memotong sebahagian kereta tersebut dan mengeluarkan mayat mangsa dengan menggunakan pengusung,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat jam 4.58 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Inspektor polis maut nahas dua motosikal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI