Lelaki maut tunggang motosikal lawan arus

IPOH – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sendiri dalam kejadian kemalangan di Jalan Kuala Kangsar, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisoner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.28 pagi  ketika mangsa menunggang motosikal bersendirian.

Beliau berkata, mangsa dari arah Klebang menghala ke bandar raya Ipoh melalui Jalan Kuala Kangsar secara melawan arus.

“Bagaimanapun, apabila mangsa tiba di lokasi, motosikal yang ditungganginya dipercayai telah hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan raya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu melulu atau membahayakan.

“Justeru, kita meminta saksi yang menyaksikan kemalangan ini supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Edwin Tang Chiew Song di talian 016-550 6863 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penunggang motosikal maut dihentam kereta berpusing

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI