Lelaki mengaku tidak bersalah tetak tangan sampai putus

IPOH – Seorang pekerja di sebuah syarikat perkhidmatan kereta sewa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Khamis atas kesalahan mendatangkan kecederaan sehingga seorang mangsa putus pergelangan tangan kiri, dekat sini, tahun lalu.

Tertuduh, K Karan, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mendatangkan kecederaan parah dengan dengan menggunakan sebilah parang ke atas L Nadesan, 30, sehingga tangan kiri terputus.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sultan Azlan Shah, dalam Daerah Kinta, pada sekitar jam 11 pagi, 23 Jun 2024.

Pendakwaan bagi pertuduhan itu dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda atau sebat jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, NM Moganaraj Mithra menawarkan kepada wang jaminan RM15,000 kepada tertuduh dengan mengenangkan syarat tambahan agar tidak menggangu mangsa, serta perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

Peguam, JK Kala yang mewakili tertuduh kemudian memohon agar jaminan minimal dikenakan kepada anak guamnya dengan alasan tertuduh yang seorang anak yatim piatu selain perlu menanggung dua adik yang masih belajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Mac depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Ipoh, Karan bersama lima rakan lain didakwa melakukan perbuatan merusuh menggunakan parang, kayu dan cangkul sebagai senjata untuk menyerang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan bersama lapan individu yang masih bebas di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Pendakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, yang mana jika disabitkan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pada prosiding di hadapan Majistret S Punitha tersebut, Karan yang masih bujang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dan dibenarkan diikat jamin RM2,000.

Sementara lima tertuduh lain, N Kumaresan, 30; R Navinthiran, 34; S Kalidas, 28; G Loghendraan, 28, dan Mohamad Omar Din Syed Mohamad Khan, 29, masing-masing mengaku bersalah didenda RM2,500 dan lima bulan penjara jika gagal bayar.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Vatchira Wong Rui Fern, manakala semua tertuduh diwakili Peguam JK Kala.

Media sebelum ini melayu, pasukan bomba menemukan pergelangan tangan kiri dengan kesan darah itu ditemukan atas jalan raya ketika operasi memadam kebakaran sebuah kereta jenis Toyota Vios.

Berdasarkan keterangan diberikan kepada polis, mangsa bersama dua lagi rakannya semasa kejadian telah diserang hampir 20 lelaki bersenjatakan kayu dan parang.

Serangan itu berlaku dipercayai ada kaitan dengan kes perebutan kawasan bagi aktiviti pengedaran dadah. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Bomba jumpa tangan putus dalam operasi padam kebakaran kereta

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI