Lelaki mengamuk, pecah pintu kaca MPTI guna tukul besi

TELUK INTAN – Seorang lelaki bertindak agresif memecahkan pintu kaca utama bangunan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menggunakan tukul besi akibat tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.

Suspek berusia 63 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian akibat tindakan PBT tersebut yang didakwa memasang khemah di hadapan kedainya sewaktu perayaan Chitra Pournami setiap tahun sehingga menghalang pemandangan pelanggan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar jam 10.15 pagi tadi.

Menurutnya, setibanya Pasukan Peronda Polis di lokasi, suspek telah ditahan oleh kakitangan MPTI.

“Suspek terbabit turut terlibat dalam pertengkaran mulut dengan kakitangan MPTI kerana rasa tidak puas hati terhadap pengurusan PBT tersebut.

“Hasil siasatan mendapati suspek telah datang ke lokasi kejadian menaiki motosikal dan memarkir kenderaannya di hadapan bangunan MPTI.

“Kemudian suspek membawa sebatang tukul besi dan memecahkan kedua-dua pintu kaca utama bangunan tersebut.

“Selepas kejadian, suspek cuba meninggalkan lokasi menuju ke kedainya di Jalan Bandar, di sini namun sempat ditahan untuk diserahkan pada pihak polis,“ katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Lelaki mengamuk, pecah pintu kaca MPTI guna tukul besi
Tangkap layar video memaparkan lelaki berusia 63 tahun (duduk di atas motosikal) yang bertindak memecahkan pintu kaca bangunan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) pagi tadi.

Beliau berkata, suspek dalam keterangannya menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak MPT yang memasang khemah di hadapan kedai miliknya semasa sambutan perayaan Chitra Pournami setiap tahun.

Katanya, suspek mendakwa khemah itu telah menghalang pandangan pelanggan terhadap kedainya yang menjalankan perniagaan membaiki jam.

“Suspek turut mendakwa telah membuat beberapa aduan kepada MPTI serta laporan polis sebelum ini, namun tiada tindakan diambil, menyebabkan dia bertindak sedemikian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap harta benda awam,“ ujarnya.

Dr Bakri berkata, suspek telah ditahan dan sebatang tukul besi yang digunakan turut dirampas.

“Permohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Terdahulu, tular satu video di laman media sosial, memaparkan seorang lelaki yang mengamuk dengan memecahkan pintu kaca di bangunan MPTI. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pasangan kekasih antara ditahan edar dadah RM4.6 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI