TAIPING – Polis mengesahkan tiada unsur jenayah ditemui pada lelaki yang meninggal dunia dalam sebuah rumah yang berkunci di Kampung Boyan, di sini pada Selasa.
Mangsa, S Santhekasakar, 44, yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan.
Kakak mangsa menyedari berlaku sesuatu kepada mangsa selepas dikatakan gagal dihubungi pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, mangsa mempunyai rekod penyakit kencing manis.
“Punca kematian mangsa disahkan disebabkan sakit kencing manis yang kronik,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Terdahulu, MG Perak melaporkan seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah yang berkunci di Kampung Boyan, di sini.
Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping mengeluarkan mayat mangsa dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – MG Perak
Artikel Berkaitan: