Lelaki nyaris rentung kereta terbabas lalu terbakar

IPOH – Seorang lelaki mengalami detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam parit lalu terbakar di Jalan Simpang Pulai, Cameron Highlands awal pagi tadi.

Mangsa berusia 24 tahun bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dan mengalami cedera ringan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pasukannya menerim panggilan kejadian pada jam 2.53 pagi.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 3.52 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Audi R8 dipandu lelaki berusia 24 tahun telah terbabas ke dalam parit dan terbakar.

“Mangsa berjaya keluar dengan sendiri daripada kenderaan tersebut sebelum pihak bomba tiba dan mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Sabarodzi, ketua operasi kemudiannya melaksanakan ‘size up’ dan mengaplikasikan konsep RECEO dengan mengarahkan anggota melakukan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu.

“Setelah selesai kerja-kerja pemadaman dilakukan, kemusnahan kereta tersebut adalah 80 peratus dan operasi tamat jam 4.37 pagi,” katanya. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI