Lelaki OKU maut ditimpa motosikal roda tiga

PARIT – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal roda tiga yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang sebelum menimpa dirinya dalam kejadian di Pekan Lambor Kanan di sini, pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhammad Asyraf Mat Isa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung nahas itu sekitar jam 8.52 malam.

“Anggota dari BBP Seri Iskandar yang tiba di lokasi kejadian mendapati, kemalangan melibatkan seorang lelaki OKU berusia 63 tahun.

“Mangsa yang menunggang motosikal roda tiga jenis Honda EX5 dipercayai telah terbabas ke dalam longkang sebelum kenderaan itu menimpanya.

“Ketua operasi melaksanakan penilaian situasi seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER atau Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa dari longkang

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, mangsa terbabit telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.50 malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mayat lelaki dipercayai terjun lombong ditemui lemas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI