Lelaki parah diserang sekumpulan lelaki di pusat permainan komputer

IPOH – Seorang lelaki cedera parah selepas diserang sekumpulan lima lelaki bersenjatakan pisau dalam kejadian pergaduhan di sebuah pusat permainan komputer di Buntong, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam kejadian sekitar jam 10.15 malam itu, mangsa bersama empat rakannya yang lain berumur antara 19 hingga 25 sedang bermain permainan video di pusat berkenaan sebelum diserang kumpulan lelaki berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa bersama rakannya diserang kumpulan lelaki terbabit  menggunakan pisau.

“Akibat serangan itu, mangsa telah ditikam di bahagian perut dan lengan manakala rakannya masing-masing mengalami kecederaan di lengan serta muka akibat tikaman senjata tajam,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Abang Zainal berkata, dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut telah berjaya ditahan di sekitar kawasan Buntong pada Rabu manakala baki tiga yang lain masih dikesan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana perbuatan merusuh,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil keterangan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Muhammad Izzat Ayob di talian 014-321 8969 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular video berdurasi 1 minit 30 di media sosial memaparkan lima lelaki bertopi keledar masuk ke dalam pusat permainan komputer tersebut dan berlaku insiden pergaduhan sehingga menyebabkan ada mangsa yang mengalami kecederaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI