Lelaki positif dadah, Myvi dipandu tersangkut pada jambatan motosikal

PARIT BUNTAR – Insiden kereta jenis Perodua Myvi yang tersangkut pada jambatan motosikal membawa kepada penahanan seorang lelaki bersama satu paket plasti mengandungi dadah di Kuala Kurau, dekat sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, sebelum itu pihaknya menerima maklumat berkenaan sebuah kereta yang tersangkut pada hujung jambatan motosikal sekitar jam 8.45 pagi.

Katanya, susulan itu pihaknya ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia awal 50 an tersangkut pada jambatan berkenaan dan sedang menjerit-jerit kepada orang awam.

pemandu dadah Myvi kerian parit buntar jambatan motosikal tersangkut polis kerian Superintendan Juna Yusoff

Polis menerima maklumat berkenaan insiden Perodua Myvi yang tersangkut pada jambatan motosikal di Kuala Kurau, Parit Buntar pada jam 8.45 pagi. Foto PDRM

“Pihak polis kemudianya cuba menenangkan keadaan dan cuba mendapatkan maklumat butiran diri pemandu kereta itu.

“Namun, dia enggan bekerjasama dan berlaku pergelutan dalam usaha pihak polis melaksanakan tangkapan.

“Hasil siasatan dan pemeriksaan lanjut telah menemukan satu paket plastik mengandungi bahan-bahan disyaki dadah pada pemandu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Tambah Juna, lelaki itu kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kuala Kurau sebelum dijalankan ujian saringan air kencing ke atasnya.

pemandu dadah Myvi kerian parit buntar jambatan motosikal tersangkut polis kerian Superintendan Juna Yusoff

Polis menerima maklumat berkenaan insiden Perodua Myvi yang tersangkut pada jambatan motosikal di Kuala Kurau, Parit Buntar pada jam 8.45 pagi. Foto PDRM

Ujar beliau, hasil ujian tersebut mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki bahan-bahan disyaki dadah, serta Seksyen 15 (1) (a) akta sama kerana memasukkan dadah ke dalam tubuh.

“Orang ramai juga diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan dan menghubungi balai polis terdekat atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di talian 05-7212222 sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Langgar mati tiga lelaki Pakistan: Pembantu kedai makan mengaku salah ambil dadah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI