TELUK INTAN – Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan rentung apbila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer 23.5 Jalan Changkat Jong-Bidor, dekat Kampung Ayer Hitam, di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk IntanMohd Ismail Mohd Yunus berkata berkata, pihaknya menerima pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.29 malam.
Menurutnya, sejurus menerima panggilan kecemasan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik jentera tiba, didapati seorang lelaki berada di dalam sebuah Perodua Myvi terbalik yang sedang terbakar 80 peratus di bahu jalan arah Bidor menghala Teluk Intan.
“Operasi memadamkan kebakaran terkawal pada 10 malam dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MG Perak
Artikel Berkaitan:
[…] Lelaki rentung selepas kereta terbabas, terbakar […]