Lelaki, teman wanita parah melecur dalam kebakaran di Plaza Tol

KLUANG – Seorang lelaki dan teman wanitanya terpaksa ditidurkan akibat kecederaan parah melecur dipercayai disimbah petrol dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Simpang Renggam di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.46 pagi berhubung kebakaran sebuah kereta di lokasi berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek, seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun, menarik mangsa wanita tempatan berusia 37 tahun keluar daripada sebuah bas pekerja sebelum menyimbah petrol ke badan mangsa dan dirinya sendiri. Suspek kemudian menyalakan pemetik api, menyebabkan kedua-duanya terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kejadian itu disedari seorang pemandu bas pekerja yang kemudian membuat laporan polis kira-kira 6 pagi.

Beliau berkata suspek dan mangsa bersama seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang cuba membantu telah dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk menerima rawatan.

“Lelaki warga tempatan yang cuba membantu mangsa mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan dan kaki,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

 

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI