Lelaki terkejut jumpa bom mortar dalam rumah baharu dibeli

PARIT – Kegembiraan seorang lelaki mengemas rumah lama yang baru dibelinya nyaris bertukar tragedi selepas menemui sebutir bom lama disyaki jenis mortar dipercayai peninggalan era penjajahan British.

Bom bersaiz 81 milimeter (mm) itu ditemukan pengadu iaitu seorang lelaki berusia 58 tahun dalam laci meja lama di rumah tersebut sekitar pukul 7 pagi.

Bagaimanapun tiada kejadian tidak diingini berlaku di kediaman beralamat di Batu 14, Kampung Padang Marhum Teluk Bakong, Bota di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan.

“Rumah berkenaan merupakan rumah lama yang baru dibeli pengadu. Ketika sedang mengemas, dia menemukan objek disyaki bom lama sebelum membuat laporan polis.

“Hasil pemeriksaan mendapati bom berkenaan tidak lagi aktif kerana tiada kartrij utama pada bahagian ekor yang sepatutnya berfungsi sebagai pencetus untuk melontarkan mortar dari laras,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, bom itu kemudian dibawa balik ke pengkalan UPB IPK Perak untuk tujuan pelupusan. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI