Lelaki tersepit, kereta terbabas ke longkang Lebuhraya PLUS

TAPAH – Seorang lelaki tersepit selepas kereta yang dinaiki terbabas ke longkang di bahu jalan kilometer (km) 301 arah utara Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat sini, pada Isnin.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 9.45 pagi.

Katanya, sejurus selepas itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah kemudian diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang tiba mendapati kemalangan terbabit melibatkan dua lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Saga.

“Seorang penumpang berusia 28 tahun tersepit di kerusi belakang, sementara pemandu berusia 20 tahun telah keluar dengan sendiri tanpa mengalami sebarang kecederaan sebelum bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Menurut beliau, pasukan bomba kemudian menggunakan peralatan hidraulik khas dalam kerja-kerja menyelamat sehingga mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dari kenderaan terbabit.

“Lelaki terbabit yang mengalami kecederaan patah pada paha kiri kemudian diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya lagi.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, R. Mathavan itu tamat pada jam 10.17 pagi selepas mendapati situasi di lokasi terkawal. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tiga cedera, lori muatan alat ganti kereta terbabas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI