Lelaki ugut sebar gambar bogel selepas teman wanita mahu putus hubungan

IPOH – Seorang lelaki bertindak mengugut untuk menyebarkan gambar bogel kekasihnya selepas teman wanitanya mahu memutuskan hubungan mereka.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa ugutan itu diterima mangsa ketika berada di rumahnya di Manjoi, sekitar jam 1 pagi, Jumaat lalu.

Katanya, suspek didakwa meminta wang sebanyak RM3,000 daripada wanita berusia 21 tahun melalui aplikasi WhatsApp sebagai bayaran kos perbelanjaan ketika masih bersama.

“Suspek memberi mangsa tempoh dua bulan untuk mangsa menyelesaikan bayaran itu. Sekiranya gagal, lelaki terbabit dikatakan akan menyebarkan gambar separuh bogel mereka.

“Disebabkan perasaan takut, mangsa telah membayar RM1,000 kepada lelaki itu.

“Mangsa juga memaklumkan telah menerima ugutan bunuh, selain diugut akan diganggu di tempat kerja,” katanya di sini pada Jumaat.

Ujar Azizi, pihak polis sedang menjejaki lelaki terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki tolak isteri jatuh gaung, ugut bunuh ditahan polis

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI