Lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah berkunci di Taman Rengas Indah, di sini pada Isnin.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.10 petang daripada pihak polis meminta bantuan untuk membuka pintu rumah pagar rumah yang berkunci.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi bagi membuka pintu rumah tersebut.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati pintu pagar rumah berkenaan berkunci dan pihak polis telah berada di lokasi.

“Ketua operasi menjalankan penilaian situasi dan mengarahkan anggota untuk menggunakan peralatan khas bagi memotong kunci pagar serta membuka pintu gelangsar (sliding) rumah.

“Pemeriksaan lanjut menemukan seorang mangsa lelaki warga emas berusia 68 tahun di bilik nombor dua rumah berkenaan dalam keadaan terbaring bersebelahan katil dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat jam 4.15 petang,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lintas jalan ‘mengejut’, warga emas maut dilanggar anggota polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI