Lelaki warga Myanmar cederakan buruh Indonesia ditahan

TAIPING – Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan dengan lelaki warga Indonesia di Taman Glenview, Kamunting di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden pergaduhan tersebut sekitar jam 1.12 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek, seorang lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol, telah mencederakan mangsa iaitu seorang lelaki warga Indonesia berusia 30 tahun.

“Kedua-dua mereka saling mengenali dan bekerja sebagai buruh kontrak.

“Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Taiping,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Suspek telah ditahan dan direman selama tujuh hari bermula 27 September hingga 3 Oktober untuk membantu siasatan,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Warga emas hilang selepas upacara sembahyang ditemukan lemas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI