‘Lenggong Raya’ di tujuh lokasi pelancongan meriahkan Aidilfitri

LENGGONG – Beraya sambil menziarahi lokasi tumpuan pelancong adalah pendekatan yang dilakukan menerusi program ‘Lenggong Raya’ yang mengumpulkan penggiat pelancongan sekitar daerah ini.

Program anjuran Penggiat Pelancongan Lenggong ini melibatkan tujuh lokasi iaitu Rumah Tiang 16, Aki’s Gallery, Bukit Impian Retreat, Suka-Suka Retreat, Suak Saudagar Espresso, Jendela Sungai D’ Danglang dan Amazing Camp Legacy.

Mereka yang menyertai program ini turut dihidangkan dengan pelbagai juadah Hari Raya antaranya laksa Johor, rendang daging, ketupat, lemang dan kuih muih.

Kesemua peserta turut mengenakan busana tradisional seperti baju Melayu dan baju kurung bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pengasas Amazing Camp Legacy, Datuk Abd Rashid Harun berkata, penggiat-penggiat pelancongan di daerah ini telah berbincang dari awal Ramadan untuk mengadakan program ziarah ke rumah penggiat pelancongan yang berkelapangan.

‘Lenggong Raya’ ziarah lokasi pelancongan setempat sambil beraya
Pengasas Amazing Camp Legacy, Datuk Abd Rashid Harun. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 APRIL 2025.

“Tujuannya untuk menjalin ukhwah sesama penggiat pelancongan dan mendekati rakan-rakan sambil menyambut Aidilfitri bermula dari jam 9 pagi dari Rumah Tiang 16 dan berakhir di Amazing Camp Legacy.

“Selain itu, program cetusan idea Haji Aki (Lukhman Mahmud) turut disertai saudara mara dan keluarga penggiat pelancongan terbabit.

‘Lenggong Raya’ ziarah lokasi pelancongan setempat sambil beraya
Penggiat Pelancongan Lenggong menganjurkan Program Lenggong Raya berkonsepkan ziarah dari premis penggiat pelancongan di Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 APRIL 2025.

“Program ini secara tidak langsung dapat mempromosikan lokasi-lokasi menarik di Lenggong memandangkan ada saudara mara mereka yang datang dari negeri lain seperti Johor dan Negeri Sembilan untuk melihat keindahan di sini,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette Perak (MG Perak) pada Selasa.

Sehubungan itu, beliau berharap program sama dapat diteruskan pada masa akan datang supaya lebig banyak lokasi pelancongan menarik di sekitar daerah ini dapat diketengahkan kepada orang ramai. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak promosi lokasi pelancongan kepada 55 ejen, pengusaha dari China

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI