Lepasan IPT sering jadi mangsa penipuan ‘job scam’ luar negara

IPOH – Golongan muda khususnya graduan lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan kumpulan yang sering menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan atau ‘job scam’ ke luar negara.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Kamal Pardi berkata, ini kerana golongan berkenaan sering terpedaya dengan tawaran kerja bergaji lumayan yang diiklankan secara tidak sah, termasuk melalui media sosial.

Job scam graduan IPT penipuan kerja luar negara, sindiket job scam, buruh paksa Malaysia, pendaftaran MyFutureJobs, Kamal Pardi JTKSM, graduan IPT ditipu, pekerjaan palsu media sosial
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Kamal Pardi pada sidang media majlis perasmian program Jerayawara Pencegahan Eksploitasi Pekerja: Ke Arah Sifar Buruh Paksa 2030 di Ipoh Parade. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 MEI 2025.

“Mereka tidak terfikir yang menghubungi mereka atau iklan pekerjaan itu palsu. Kemudiannya, mereka tertarik dengan tawaran-tawaran gaji yang tinggi serta pelbagai kemudahan yang disediakan, sedangkan ia tidak wujud.

“Apabila sudah sampai ke luar negara, mereka pula dipaksa untuk bekerja dengan pekerjaan yang tidak sama seperti ditawarkan.

“Walau bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia telah diselamatkan oleh pihak polis dan dibawa pulang ke tanah air,” katanya.

Job scam graduan IPT penipuan kerja luar negara, sindiket job scam, buruh paksa Malaysia, pendaftaran MyFutureJobs, Kamal Pardi JTKSM, graduan IPT ditipu, pekerjaan palsu media sosial
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Kamal Pardi pada majlis perasmian program Jerayawara Pencegahan Eksploitasi Pekerja: Ke Arah Sifar Buruh Paksa 2030 di Ipoh Parade. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 MEI 2025.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Jerayawara Pencegahan Eksploitasi Pekerja: Ke Arah Sifar Buruh Paksa 2030 di Pasar Raya Ipoh Parade dekat sini, pada Jumaat.

Ujar Kamal, secara umumnya, walaupun trend mangsa penipuan tawaran pekerjaan tidak melibatkan umur tertentu, namun majoritinya adalah mereka yang tidak berpengalaman dalam dunia pekerjaan.

“Pada kebiasaannya, yang sudah berkeluarga dan berpengalaman (dalam dunia pekerjaan) lebih berhati-hati kerana mereka sedar akan komitmen serta risiko yang ada.

“Tapi mungkin anak muda yang baru keluar IPT ini mudah terpedaya sebab kurang pendedahan dan akhirnya menjadi mangsa penipuan,” katanya lagi.

Justeru, beliau berkata semua pencari kerja khususnya lepasan IPT perlu mendaftarkan diri dengan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui inisiatif MYFutureJobs untuk mendapatkan maklumat sahih tentang peluang pekerjaan.

Job scam graduan IPT penipuan kerja luar negara, sindiket job scam, buruh paksa Malaysia, pendaftaran MyFutureJobs, Kamal Pardi JTKSM, graduan IPT ditipu, pekerjaan palsu media sosial
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Kamal Pardi bergambar pada majlis perasmian program Jerayawara Pencegahan Eksploitasi Pekerja: Ke Arah Sifar Buruh Paksa 2030 di Ipoh Parade. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 MEI 2025.

Malah, Kamal memberitahu JTKSM juga sedang giat menjalankan pelbagai program kesedaran dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan sebagai usaha membanteras kegiatan sindiket buruh paksa yang sering menyasarkan warga tempatan.

Terdahulu, beliau turut melepaskan 15 kenderaan konvoi Pencegahan Eksploitasi Pekerja yang disertai pelbagai agensi termasuk imigresen, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kata beliau, program yang turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Strategik Nasional Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (NSO MAPO) itu merupakan usaha meningkatkan kesedaran awam terhadap isu eksploitasi pekerja dan buruh paksa di negara ini. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis serbu ‘calling centre’, sindiket tawar pekerjaan tidak wujud tumpas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI