Lima dekad berbakti, KD Hang Tuah dilucut tauliah

LUMUT – Selepas hampir lima dekad berlayar dan berbakti mempertahankan kedaulatan perairan negara, Kapal Diraja (KD) Hang Tuah secara rasmi dilucutkan tauliah pada istiadat ketenteraan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dekat sini, pada Rabu.

Istiadat penuh tradisi dan simbolik ketenteraan laut itu disempurnakan oleh Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Baharudin Wan Md Nor.

Pelucutan tauliah KD Hang Tuah KD Hang Tuah TLDM Kapal Diraja Hang Tuah KD Hang Tuah dilucut tauliah TLDM Lumut Sejarah KD Hang Tuah Program Transformasi 15 ke 5 TLDM
Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Baharudin Wan Md Nor (tengah) bergambar bersama kru Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Majlis Pelucutan Tauliah Kapal Diraja (KD) Hang Tuah di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 DISEMBER 2025.

Suasana syahdu menyelubungi majlis pelucutan tauliah yang turut disaksikan 25 mantan pegawai pemerintah dan 31 kru pertama KD Hang Tuah.

Kemuncak istiadat itu disempurnakan dengan acara ketukan loceng kapal dan penurunan gada-gada yang menjadi simbolik penamatan tauliah kapal berkenaan.

Upacara ketukan loceng sebanyak 48 kali Majlis Pelucutan Tauliah Kapal Diraja (KD) Hang Tuah di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 DISEMBER 2025.

Selepas selesai upacara penyerahan ensign dan penurunan lencana pegawai memerintah, tiupan paluan akhir atau ‘last post’ dimainkan sebagai tanda penghormatan kepada pegawai dan kru yang pernah berkhidmat di KD Hang Tuah.

KD Hang Tuah yang di bina di limbungan Yarrow Shipbuilders, Scotland telah menjalani episod pelayaran yang panjang dari tahun 1977 hingga 2025.

Pelucutan tauliah KD Hang Tuah KD Hang Tuah TLDM Kapal Diraja Hang Tuah KD Hang Tuah dilucut tauliah TLDM Lumut Sejarah KD Hang Tuah Program Transformasi 15 ke 5 TLDM
Majlis Pelucutan Tauliah Kapal Diraja (KD) Hang Tuah di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 DISEMBER 2025.

Ia pada asalnya dikenali sebagai Black Star untuk Tentera Laut Ghana, namun disebabkan keadaan ekonomi dan politik yang tidak stabil, ia ditauliahkan sebagai HMS Mermaid dalam angkatan Tentera Laut Diraja British pada Mei 1973.

Kapal perang itu kemudian diserahkan kepada Malaysia pada pada 22 Julai 1977 dan ditauliahkan sebagai KD Hang Tuah, bersempena dengan nama tokoh pahlawan sejarah Melayu, Laksamana Hang Tuah.

Pelucutan tauliah KD Hang Tuah KD Hang Tuah TLDM Kapal Diraja Hang Tuah KD Hang Tuah dilucut tauliah TLDM Lumut Sejarah KD Hang Tuah Program Transformasi 15 ke 5 TLDM
Majlis Pelucutan Tauliah Kapal Diraja (KD) Hang Tuah di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 DISEMBER 2025.
Pelucutan tauliah KD Hang Tuah KD Hang Tuah TLDM Kapal Diraja Hang Tuah KD Hang Tuah dilucut tauliah TLDM Lumut Sejarah KD Hang Tuah Program Transformasi 15 ke 5 TLDM
Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Baharudin Wan Md Nor (kiri) menerima senarai nama warga kapal daripada Pegawai Memerintah Kapal Diraja Hang Tuah, Leftenan Komander Mohd Azuwan Abdullah pada Majlis Pelucutan Tauliah Kapal Diraja (KD) Hang Tuah di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 DISEMBER 2025.

Dengan panjang 103.5 meter, lebar 12.02 meter dan berat sasaran 2,300 tan, kapal perang yang membawa simbolik keberanian dan kesetiaan Laksamana Hang Tuah itu mampu bergerak pada kelajuan maksima 24 knot.

Sejak pelayaran sulungnya dari Portsmouth bersama 163 kru, kapal yang menjadi tulang belakang pertahanan maritim negara diera 70-an hingga 90-an itu telah berlayar sejauh 313,784.95 batu nautika.

Pelucutan tauliah KD Hang Tuah KD Hang Tuah TLDM Kapal Diraja Hang Tuah KD Hang Tuah dilucut tauliah TLDM Lumut Sejarah KD Hang Tuah Program Transformasi 15 ke 5 TLDM
Majlis Pelucutan Tauliah Kapal Diraja (KD) Hang Tuah di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 DISEMBER 2025.

Selain tugas operasi, KD Hang Tuah turut kerap menyertai eksesais dalam negara serta antarabangsa seperti Malindo Jaya, Emas Hitam, Milan, Kakadu dan Bersama Lima, selain menerima pelbagai pengiktirafan seperti Piala Agong dan Piala Gonzales.

Ketika berucap pada majlis, Baharudin berkata, kapal perang itu bukan sahaja antara yang terbesar dalam armada TLDM ketika itu, namun ia juga merupakan kapal yang mempunyai keupayaan tempur paling tinggi dalam ketiga-tiga dimensi peperangan maritim pada zamannya.

Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Baharudin
Wan Md Nor berucap pada Majlis Pelucutan Tauliah Kapal Diraja (KD) Hang Tuah di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 DISEMBER 2025.

Kata beliau, pelucutan tauliah KD Hang Tuah bukan penamat cerita sebaliknya ia merupakan permulaan episod baru bagi kapal perang tersebut.

“Pelucutan tauliah KD Hang Tuah merupakan sebahagian daripada usaha berterusan TLDM untuk memodenkan armada selaras dengan aspirasi Program Transformasi 15 ke 5, khususnya rancangan ‘phase-in’ dan ‘phase-out’ kapal-kapal usang.

“Program transformasi ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan TLDM, selari dengan perkembangan teknologi dan perubahan landskap pertahanan pada kos yang optimum, seterusnya memberi pulangan lebih tinggi kepada pelaburan yang dibuat oleh kerajaan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

GXS ciptaan Fly Navy TLDM bantu kesan alat pemadam api

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI