Lima dirakam keterangan kes penguat kuasa DBKL kasari peniaga belon

KUALA LUMPUR – Seramai lima individu telah dirakam keterangan berhubung insiden peniaga belon didakwa dikasari penguatkuasa Dewan Bandararaya Kuala Lumpur (DBKL) dalam insiden kekecohan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, ia selepas pihaknya menerima laporan daripada DBKL dan terbaru daripada ibu kepada peniaga belon terlibat.

“Kita telah merakam lima keterangan setakat ini membabitkan empat penguatkuasa DBKL dan juga penjaja belon terbabit naun tiada sebarang tangkapan lagi dibuat.

“Ibu kepada peniaga itu telah membuat laporan pada tengah malam tadi dan kini polis hanya jalankan proses rakaman lima individu yang berada di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Sulizmie, polis kini sedang melengkapkan siasatan dengan mengambil keterangan saksi bebas termasuk semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam yang menjalankan tugas susulan laporan daripada DBKL,” jelasnya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu dan polis akan menjalankan siasatan dengan telus serta adil mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Pada Jumaat lalu, tular video berdurasi satu minit 42 saat di media sosial memaparkan kekecohan antara penjaja belon tidak berlesen dan anggota penguat kuasa DBKL.

Ia berlaku ketika proses penyitaan barangan di tepi jalan berkenaan dan berlaku pergelutan antara kedua-duanya selain beberapa penjaja lain yang turut membuat provokasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI