Lima pelajar terperangkap lebih sejam akibat kepala air

TANJUNG MALIM – Lima pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berdepan detik cemas selepas terperangkap di tengah sungai lebih sejam dalam kejadian kepala air di Jalan Mawar, Kampung Sungai Dara di sini pada Khamis.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.54 petang.

“Sewaktu kejadian, terdapat lima pelajar lelaki berusia 21 tahun berada terperangkap di tengah sungai (berada di atas batu) semasa melakukan aktiviti bermandi manda sebelum berlaku kejadian kepala air secara tiba-tiba akibat akibat hujan lebat.

“Ketua Operasi melaksanakan penilaian situasi seterusnya mengarahkan anggota memakai peranti pengapungan peribadi (PFD) lengkap bagi melakukan kerja-kerja penyelamatan di air.

“Anggota menggunakan tali, PFD dan beg lontar tali penyelamat dengan menggunakan teknik menyeberangi sungai seterusnya mengeluarkan mangsa secara berperingkat sehingga berjaya diselamatkan dan dibawa ke tebing,“ katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa terbabit kemudiannya diserahkan kepada pihak polis yang turut berada di lokasi untuk tindakan lanjut.

“Operasi terkawal pada jam 8.25 malam dan tamat sepenuhnya pada jam 8.35 malam,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua beradik ditemui lemas di kolam tapak pembinaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI