Lima wanita cedera kemalangan dua Myvi di Slim River

TANJUNG MALIM – Lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta jenis Perodua Myvi di Kilometer 368.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Slim River ke Sungkai di sini, pada Sabtu.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 12.02 tengah hari.

Menurutnya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River digerakkan ke lokasi kejadian.

Lima wanita cedera kemalangan dua Myvi di Slim River
Anggota bomba menjalankan kerja penyelamatan terhadap mangsa kemalangan membabitkan dua buah kereta Perodua Myvi di Kilometer 368.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Slim River ke Sungkai pada Sabtu. Foto JBPM Perak

“Kemalangan melibatkan kereta Perodua Myvi yang dinaiki empat orang wanita dengan sebuah lagi kereta jenis sama dipandu seorang wanita.

“Ketua Operasi melakukan penilaian situasi dan mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) seterusnya mengarahkan anggota melaksanakan kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang cedera diserahkan kepada petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut dan operasi tamat jam 12.44 tengah hari. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Satu maut, tiga cedera kemalangan bas, kereta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI