LKIM agih bantuan persekolahan kepada 100 anak nelayan Hilir Perak

BAGAN DATUK – Seramai 100 orang pelajar dalam kalangan anak nelayan di Hilir Perak menerima bantuan kelengkapan persekolahan sempena Program MADANI Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil menyampaikan bantuan yang bernilai keseluruhan RM10,000 pada program yang berlangsung di Dewan Datuk Haji Mohamed Jamrah, Sungai Sumun, di Hutan Melintang, dekat sini, pada Ahad.

Kesemua pelajar menerima sumbangab berbentuk wang tunai, beg sekolah dan botol air bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang.

100 anak nelayan Hilir Perak terima bantuan persekolahan bantuan persekolahan anak nelayan, Program MADANI Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah, LKIM Hilir Perak, kebajikan anak nelayan, bantuan pendidikan nelayan, kelengkapan sekolah anak nelayan, inisiatif LKIM
Suasana sekitar Program Madani Anak Nelayan Kembali ke Sekolah di Dewan Dato’ Mohamed Jamrah Sungai Sumun, Bagan Datuk, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 JANUARI 2026.

Program itu juga turut mendapat kerjasama BH Petrol, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) serta Yayasan Nelayan Malaysia (YANEM).

Ketika ditemui pemberita Muhammad Faiz berkata, meskipun LKIM tidak mempunyai peruntukan khusus bagi anak nelayan, namun ia merupakan usaha lembaga untuk memastikan golongan berkenaan mendapat akses pendidikan yang terbaik.

“Kita juga berikan fokus kepada keluarga nelayan yang melibatkan isteri serta anak nelayan. Ini kerana kita lihat bahawa pendidikan adalah aspek yang penting.

“Oleh itu, kita berikan sumbangan ini bagi meringankan beban kewangan para nelayan, di samping untuk memberikan suatu didikan kepada nelayan bahawa pendidikan anak-anak adalah perkara yang perlu diberikan keutamaan,” katanya.

Program turut dihadiri, Pengarah Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan, Norfajarwati Baharudin; Pengurus YANEM, Anas Mohd Nasir serta Penolong Pengurus Besar National Akaun BH Petrol, Azman Mustap.

100 anak nelayan Hilir Perak terima bantuan persekolahan bantuan persekolahan anak nelayan, Program MADANI Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah, LKIM Hilir Perak, kebajikan anak nelayan, bantuan pendidikan nelayan, kelengkapan sekolah anak nelayan, inisiatif LKIM
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil menyerahkan sumbangan bantuan persekolahan pada Program Madani Anak Nelayan Kembali ke Sekolah di Dewan Dato’ Mohamed Jamrah Sungai Sumun, Bagan Datuk, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 JANUARI 2026.

LKIM menerusi kenyataan media berkata, inisiatif menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak nelayan juga adalah sebahagian usaha menyuntik semangat kepada pelajar menghadapi sesi persekolahan baharu.

Katanya lagi, ia juga diharap menjadi galakan kepada anak-anak nelayan untuk terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam sahsiah dan akademik.

“Penyampaian bantuan ini mencerminkan komitmen berterusan LKIM dalam memastikan kebajikan, nasib serta masa depan nelayan dan anak-anak nelayan sentiasa terbela.

“Ia sejajar dengan hasrat untuk membolehkan mereka menikmati kehidupan yang lebih selesa dan terjamin pada masa hadapan,” tambahnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

500 pelajar di Padang Rengas terima sumbangan bantuan persekolahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI