LPHP fokus kempen tingkat literasi kewangan penduduk Perak

IPOH – Kerajaan Negeri menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) merancang meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan belia dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tahun hadapan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, selain itu, pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan individu yang baru memasuki alam pekerjaan turut menjadi sasaran bagi mengikuti program berkenaan.

Menurutnya, program itu dilaksanakan berdasarkan maklum balas daripada institusi kewangan dan pemaju yang mendapati punca utama kegagalan individu untuk mendapatkan pembiayaan perumahan adalah pengurusan kewangan yang lemah.

“Program ini dilaksanakan selepas mendapati tahap kemahiran pengurusan kewangan yang rendah merupakan faktor utama kepada isu ini.

LPHP fokus kempen tingkat literasi kewangan penduduk Perak
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 DISEMBER 2024.

“Antara rakan strategik yang terlibat dalam program ini terdiri daripada pelbagai agensi kewangan dan perbankan termasuklah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Justeru, program tersebut adalah sebagai langkah awal sebelum LPHP melaksanakan penambahan syarat kelayakan permohonan Rumah Perakku,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Belanjawan Negeri Perak 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.

Dalam perkembangan berkaitan, Shy Ching berkata, keutamaan akan diberikan kepada pemohon Rumah Perakku yang mempunyai markah ‘credit rating’ yang tinggi.

“Ini bagi mengurangkan kadar kegagalan permohonan pembiayaan perumahan oleh institusi kewangan,“ katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

LPHP julung kali anjur tuisyen percuma untuk anak-anak PPR

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI