LPP sedia mohon tambahan kuota tambahan beras putih tempatan

IPOH – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bersedia memohon kepada pihak kawal selia kuota tambahan beras putih tempatan sekiranya 2,500 tan yang diterima tidak mencukupi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azulita Salim berkata, ia bagaimanapun bergantung kepada jumlah permintaan di pasaran.

“Perbincangan telah diadakan yang mana sekiranya 2,500 tan kuota beras putih tempatan tidak mencukupi, pihak kawal selia tidak ada masalah untuk meningkatkan bilangan kuota sedia ada untuk LPP.

“Dan bagi pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mungkin ia (juga) boleh (dipertimbangkan).

“Ini kerana (sebarang perkara berbangkit berhubung isu ini) akan dibuat perbincangan di peringkat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM),” katanya.

Lembaga Pertubuhan Peladang LPP kuota tambahan beras putih tempatan Datuk Azulita Salim Pertubuhan Peladang Negeri PPN Perak,
Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Azulita Salim hadir ke pada Majlis Perasmian Peladang Outlet, di Taman Anda, Ipoh, pada Khamis. foto AMIRRUL RABBANI RASHID

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Peladang Outlet, di Taman Anda, dekat sini, pada Khamis.

Hadir sama, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak, Datuk Sham Mat Sahat serta Pengarah LPP Perak, Dzulfadli Johan.

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Azulita Salim hadir ke pada Majlis Perasmian Peladang Outlet, di Taman Anda, Ipoh, pada Khamis. foto AMIRRUL RABBANI RASHID

Pada Rabu media melaporkan, LPP menerima 2,500 tan kuota beras putih tempatan setiap bulan sehingga hujung tahun ini untuk dipasarkan, sekali gus mampu mengatasi isu ketiadaan beras di pasaran.

Dalam pada itu Azulita memberitahu, setiap 10 kilogram (kg) beras putih tempatan yang dijual pada harga RM26 boleh didapati di semua 103 ‘outlet’ atau premis LPP aktif di seluruh negara, termasuk di premis dalam kategori premium.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, selepas di Putrajaya dan Ipoh, premis Peladang Premium Outlet akan diperluaskan di Negeri Sembilan serta Pulau Pinang.

Menurut beliau lagi, premis Peladang Outlet Premium menempatkan produk-produk LPP dalam kuantiti yang tinggi berbanding premis biasa.

Lembaga Pertubuhan Peladang LPP kuota tambahan beras putih tempatan Datuk Azulita Salim Pertubuhan Peladang Negeri PPN Perak,
Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Azulita Salim hadir ke pada Majlis Perasmian Peladang Outlet, di Taman Anda, Ipoh, pada Khamis. foto AMIRRUL RABBANI RASHID

“Dalam pelaksanaan terhadap semua model Peladang Outlet, satu fokus utama ialah jualan melalui platform atas talian.

“Dengan keterbukaan pengguna untuk pelanggan secara atas talian pada hari ini, penguasaan media sosial TikTok menjadi sebagai medan jualan secara langsung dan sebagai medan mempromosi perniagaan ini,” ujarnya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Beras tempatan kurang bukan kes terpencil –  Syed Abu Hussin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI