LRA Bukit Tempoh beroperasi 75 peratus

IPOH – Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Temoh telah beroperasi semula dengan kapasiti 75 peratus selepas pengoperasian semula paip air mentah bersaiz 825 milimiter (mm) dari Muka Sauk (Intake) bermula semalam.

Perkara itu dimaklumkan Lembaga Air Perak (LAP) menerusi Facebook Lembaga Air Perak ADMIN pada Jumaat.

Menurutnya, berikutan peningkatan bekalan air mentah ke loji, situasi bekalan air di kawasan yang telah mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan yang positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

“Masih akan ada kawasan yang mungkin menghadapi tekanan rendah disebabkan sistem bekalan air yang belum pulih sepenuhnya kerana operasi belum mencapai 100 peratus.

“Status bekalan air di kawasan Tapah dan Bidor mencatatkan 90 peratus pemulihan namun Kampung Coldstream dan Kuala Bikam masih mengalami tekanan air rendah selepas kerja pembaikan paip pecah selesai,” katanya.

Dalam perkembangan sama, kenyataan itu turut memaklumkan status bekalan air di Hilir Perak telah pulih 55 peratus.

“Antara kawasan yang masih mengalami gangguan adalah Sungai Manik, Kampung Sungai Tukang Sidin; Kampung Sungai Air Deras, Langkap; Kampung Permatang, Sungai Manik; Kampung Pengkalan Daun; Kampung Permatang Pelanduk; Kampung Orang Asli Redang Ponggor dan Taman KPJ.

“Selain itu, kawasan lain yang masih mengalami gangguan adalah Taman Orkid Jalan Bidor, Teluk Intan dan Kampung Changkat Jong.

“Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat dengan penambahan bekalan air mentah ke loji,” jelasnya.

Katanya, status tambakan tanah di Taman Bunga Raya mencapai 70 peratus tertumpu kepada kestabilan struktur tanah akibat tanah runtuh.

“Status pemasangan paip baru berada pada lima peratus dan masih di peringkat awal serta dijangka mengambil masa beberapa minggu lagi untuk siap sepenuhnya,” ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan, kira-kira 50,000 akaun pengguna LAP di Tapah, Bidor dan Teluk Intan mengalami gangguan bekalan air sejak 6 Februari lalu.

Masalah itu dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran paip air mentah dari Intake (muka sauk) Batu 7 Sungai Woh yang menyalurkan air ke Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Temoh yang berlaku sejak 4 Februari lalu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

LRA Bukit Temoh kini beroperasi semula 50 peratus

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI