Lubuk Timah jadi tumpuan pengunjung redakan bahang panas

SIMPANG PULAI – Pusat Rekreasi Lubuk Timah di sini menjadi antara lokasi pilihan orang ramai untuk bermandi-manda susulan cuaca panas yang melanda negeri Perak sejak beberapa hari lalu.

Tambahan pula, musim cuti persekolahan memberi peluang kepada pengunjung dari negeri lain untuk singgah melakukan aktiviti berkelah di sini.

Tinjauan Malaysia Gazette (MG) Perak mendapati kebanyakan pengunjung datang bersama keluarga dan rakan-rakan ke kawasan tumpuan pelancong itu.

Lubuk Timah jadi tumpuan pengunjung redakan bahang panas
Orang ramai tidak melepaskan peluang bermandi manda bagi menyejukkan badan ekoran cuaca panas yang sedang melanda ketika tinjauan di Pusat Rekreasi Lubuk Timah, Ipoh.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tiga negeri itu ialah Kedah membabitkan daerah Bandar Baharu, Perak (Larut dan Matang, Kuala Kangsar serta Perak Tengah) dan Kelantan (Machang dan Kuala Krai). Foto ABDULLAH YUSOF, 03 JUN 2025.

Pengunjung, S. Ragavan, 39, berkata dia bersama keluarga yang menetap di Johor mengambil kesempatan cuti sekolah untuk pulang ke rumah ibunya di Bercham.

Menurutnya, cuaca panas yang luar biasa menyebabkan dia bersama 15 ahli keluarga lain singgah ke pusat rekreasi tersebut untuk menyejukkan badan.

Lubuk Timah jadi tumpuan pengunjung redakan bahang panas
Temubual S Ragavan, 39, di Pusat Rekreasi Lubuk Timah, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 JUN 2025.

“Cuaca panas di Ipoh teruk sangat banding dengan Johor. Bahang panas yang dirasai pun saya tidak tahu kenapa macam itu.

“Panas di sini (Ipoh) memang kita tak boleh tahan, sebab itu kita ambil masa datang sini kerana cuaca di sini sejuk sikit,” katanya.

Shahmi Hazim Mohamad Shahfinaz, 26, dari Ipoh pula berkata dia mengambil peluang bersama rakan-rakan untuk mandi-manda berikutan cuaca panas.

“Sejak kebelakangan ini Ipoh memang panas dan saya membuat keputusan mengajak kawan-kawan untuk mandi-manda di Lubuk Timah, untuk menyejukkan badan,” jelasnya.

Lubuk Timah jadi tumpuan pengunjung redakan bahang panas
Temubual Shahmi Hazim Mohamad Shahfinaz, 26, di Pusat Rekreasi Lubuk Timah, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 JUN 2025.

Dia memberitahu bahawa dia akan memasang pendingin hawa jika berada di rumah bagi mengurangkan bahang terutama pada waktu siang.

“Orang ramai juga digalakkan untuk minum air masak supaya dapat menyejukkan badan sekali gus menjaga kesihatan badan,” ujarnya.

Sementara itu, Noor Azizan Karrim, 65, berkata sepanjang cuaca panas ini, pergerakan mereka sekeluarga agak terhad.

“Budak-budak (cucu) hanya bermain di hadapan rumah dan jarang keluar kerana cuaca panas.

“Selain itu, saya bersama anak, cucu akan pergi ke Lubuk Timah, Lata Ulu Chepor atau ke sungai berhampiran untuk bermandi-manda di situ,” katanya yang tinggal di Rapat Setia, Ipoh.

Lubuk Timah jadi tumpuan pengunjung redakan bahang panas
Temubual Noor Azizan Karrim, 65, di Pusat Rekreasi Lubuk Timah, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 JUN 2025.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat enam kawasan di Malaysia berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) akibat cuaca panas yang melanda negara.

Menurut METMalaysia, kawasan yang terlibat adalah sekitar tiga negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu Perak, Kelantan dan Kedah.

Bagaimanapun, rekod bacaan suhu maksimum harian di seluruh negara telah kembali di bawah 35 darjah Celsius pada jam 4 petang ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bomba Perak terima lebih 30 panggilan sehari susulan cuaca panas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI